-->

Mora Lega JDT tewaskan Sarawak United

Mora Lega JDT tewaskan Sarawak United. itulah yang diluahkan oleh jurulatih JDT selepas perlawanan piala fa menentang pasukan Sarawak.


Mora Lega JDT tewaskan Sarawak United




Mora Lega JDT tewaskan Sarawak United

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh harian metro, Mora berkata

"Mungkin nampak mudah untuk menang tapi hakikatnya ia sukar kerana apa yang menyukarkan adalah bagi memastikan corak permainan dan taktikal tersusun dan juga pastikan pemain sentiasa beraksi konsisten sepanjang 90 minit tanpa melakukan kesilapan.


"Kami menghormati Sarawak United tapi kami harus mengambil kesempatan daripada momentum permainan yang konsisten untuk mencapai kemenangan dan ia dilakukan dengan baik bagi memastikan kami layak ke suku akhir.


"Pada aksi itu, kami ubah taktikal permainan sebanyak tiga kali bagi mengelirukan pasukan lawan malah kami beri peluang untuk pemain yang kurang minit permainan seperti Aidil Zafuan (Abd Radzak), Daniel Amir, Safawi (Rasid) dan Ramadhan (Saifullah) kerana mereka penting dalam skuad JDT.



"Beberapa tonggak utama seperti Shane (Lowry), Leandro (Velazquez) dan Natxo (Insa) tidak dapat diturunkan kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan kelibat pemain yang diturunkan beri lebih keyakinan kepada mereka untuk beraksi dalam saingan liga," katanya.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama