-->

Kedah Kalah Lagi, Kali ketiga berturut-turut

Kedah Kalah Lagi, Kali ketiga berturut-turut. Walaupun beraksi dilaman sendiri, pasukan kedah masih bergelut untuk memenangai perlawanan menentang Melaka United.

Pasukan Kedah menjaringkan gol awal pada minit ke 20 menerusi Ronald Ngah yang mendapat bola dari Syafiq Ahmad.

Kedah Kalah Lagi, Kali ketiga berturut-turut


Selang 3 minit kemudian, Melaka United menjaringkan gol penyamaan menerusi Ifedayo. Pada miinit 36 pula, Kedah menjaringkan gol menerusi Syafiq Ahmad. Kedah mendahului dengan jaringan 2-1.


Separuh masa kedua berlangsung, Kedah mencari tambahan gol namun melaka pula yang menyamakan kedudukan menerusi Emanuel Ott pada minit ke 78.

Pada penghujung babak kedua, Melaka United berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Ifedayo yang menyaksikan Mereka menewaskan tuan rumah dengan jaringan 3-2.

Sementara itu di Sarawak, Negeri sembilan masih mengekalkan rekod baik mereka di liga super musim ini selepas menewaskan pasukan Tuan rumah dengan jaringan 2-1.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama