-->

Tiada apa yang mustahil - TMJ

Tiada apa yang mustahil - TMJ. Selepas kemenangan JDT keatas pasukan gergasi korea selatan, Ulsan hyundai semalam.  Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, tiada apa yang mustahil dan beliau percaya kejutan demi kejutan mampu dilakukan oleh skuad kendalian Benjamin Mora.

Tiada apa yang mustahil - TMJ





Tiada apa yang mustahil - TMJ


"Semangat yang tinggi. Tiada yang mustahil. Syabas JDT. Teruskan berjuang hingga ke akhirnya, Alhamdulillah," tulis Tunku Ismail di laman Twitter miliknya.

Dengan kejayaan mengutip enam mata maksimum itu, JDT kini memimpin carta Kumpulan I selepas dua aksi setakat ini.

Selepas ini, juara Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut itu akan turun melayan kelab terkuat dari Jepun, Kawasaki Frontale pada Khamis ini.


Skuad Harimau Selatan kini dalam misi untuk cuba melayakkan diri ke pusingan berikutnya selepas dua percubaan iaitu pada 2019 dan 2021 gagal apabila terkandas di peringkat kumpulan, manakala pada musim 2020 menyaksikan JDT menarik diri ekoran Covid-19.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama