-->

Peminat Selangor Lempar Kata-Kata Kesat Kepada Pemain Selangor.

 Peminat Selangor Lempar Kata-Kata Kesat Kepada Pemain Selangor. Itulah situasi yang kita lihat dalam klip video yang tengah viral di sosial media sekarang ini. Ia berlaku apabila peminat pasukan selangor yang duduk di bangku penonton mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain mereka.


Peminat Selangor Lempar Kata-Kata Kesat Kepada Pemain Selangor.


Peminat Selangor Lempar Kata-Kata Kesat Kepada Pemain Selangor.

Walaupun kejadian ini berlaku selepas kemenangan Selangor keatas pasukan Kedah, ia jelas memberi kesan terutamanya kepada Ketua Pasukan Selangor iaitu Safuwan Baharudin. Ia terlihat cuba menenangkan anak buahnya yang berhadapan dengan penyokong berkenaan.

Safuwan turut melontarkan komentar di laman sosialnya dengan hantaran.

"Selagi kapten pasukan, Brendan Gan tidak berada di atas padang, saya akan cuba menjaga rakan-rakan sepasukan di dalam mahupun di luar padang. Tetapi jika insiden (dimaki dengan carutan oleh penyokong) seperti semalam terjadi, ia memang agak mengecewakan bagi saya.


"Perkataan yang keluar dari mulut anda, melambangkan banyak perkara bagi diri anda sebagai seorang manusia.


"Ayuh kita lupakan mulai sekarang, tetap sokong pasukan walau apa pun yang terjadi. Di hujung nanti, kita tetap masih manusia. Jadi positif. Saya maafkan anda," kata Safuwan di laman Story Instagramnya.

--

Komen aku : sepatutnya kejadian macam ni tak patut berlaku di dalam Bola Sepak Malaysia. Pemain dah beri yang terbaik di atas padang bahkan pasukan anda menang besar tetapi kenapa berlaku sampai sedemikian rupa.

Kita harap isu ini akan selesai secepat mungkin dan kalau dilihat pada posting Safuawan umpama sudah selesai dan dia juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama