-->

Melaka United pula dikesan hadapi isu tunggakan gaji.

Melaka United pula dikesan hadapi isu tunggakan gaji. Belum reda dengan isu Perak yang gagal melunaskan gaji pemain dan staff. Kini tumpuan terarah kepada pasukan Melaka United. Bekas pemain dan jurulatih Melaka, Ramli Junit dia pernah mengalami peristiwa tidak mendapat gaji ketika menjadi jurulatih pasukan Piala Presiden Melaka dan pastinya pedih untuk diharungi.


Melaka United pula dikesan hadapi isu tunggakan gaji.


"Malah pernah menggunakan wang sendiri untuk duit bas ketika pasukan bertandang ke lokasi perlawanan di luar Melaka selain pernah 16 bulan tidak dibayar gaji antara pahit maung dalam sukan berkenaan.


"Namun pada era maju bola sepak negara ketika ini pastinya semua pihak tidak mahu isu tunggakan gaji terus berlaku. Ia berikutan pemain mempunyai komitmen terhadap bayaran kenderaan mahupun menampung keluarga," katanya yang juga bekas penyerang Olimpik Malaysia 1980.


Ketua Menteri Melaka, berkata adalah wajar pihak pengurusan MUFC supaya melakukan sesuatu bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji berkenaan.


"Selaku Presiden MUSA, saya sudah berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim dan maklumkan pembayaran gaji itu perlu juga dibuat, meskipun secara peringkat.


"Saya tahu masalah gaji mungkin berlaku kerana ada gaji pemain terlalu tinggi, tetapi MUFC perlu bayar secara keseluruhan, tak bolehlah pilih-pilih pemain (untuk terima bayaran).


"Jika keadaan itu berlarutan (tunggakan), saya yakin ia boleh melemahkan dan menghilangkan semangat pemain. Kalau nak suruh mereka bermain di atas padang, mereka akan sekadar main `suka-suka' sahaja dan tidak bersemangat," katanya pada sidang media di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.

Sulaiman berkata, beliau juga tidak dimaklumkan mengenai punca tunggakan bayaran gaji pemain itu.


"Punca tunggakan itu kena tanya MUFC sendiri, saya memang tidak tahu apa punca sehingga terjadi lagi isu sama. Cuma yang saya tahu, masalah gaji ini bukan sahaja berlaku di Melaka, tetapi juga dalam beberapa kelab bola sepak lain di Malaysia," katanya.


Semalam, Vidakovic mendedahkan bahawa isu tunggakan gaji antara punca Melaka tumbang 1-0 di tangan Sabah FC pada aksi di Stadium Hang Jebat, Selasa lalu.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama