-->

Pahang Menang Lawan Manjung City Dengan Penentuan Penalti.

Pahang Menang Lawan Manjung City Dengan Penentuan Penalti. Selain perlawanan melibatkan harimau malaya, terdapat dua perlawanan Piala Fa yang berlangsung dan kedua-duanya adalah perlawanan tertunda. Perlawanan melibatkan pasukan Pahang dan Manjung City ini terpaksa di heret ke sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan pada waktu permainan sebenar.


Pahang Menang Lawan Manjung City Dengan Penentuan Penalti.


Pahang Menang Lawan Manjung City Dengan Penentuan Penalti.


Pada separuh masa pertama, pasukan Pahang agak ketinggalan dari segi serangan apabila, pasukan dari liga malaysia 3, manjung city lebih banyak mengasak dan membuat serangan.

Hanya 2 percubaan dari Mahmoud Za'tara dan Sean Gan Giannelli pada minit ke-19 dan 38 yang dinafikan ketangkasan penjaga gol lawan, Mohammad Firdaus Suhaimi.

Peluang terbaik Manjung City pula hasil percubaan kapten pasukan, Muhammad Faizzzwan Dorahim yang melepasi palang gol dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, tuan rumah masih gagal untuk melancarkan gerakan berbahaya ke kubu lawan ketika Manjung City kekal bertahan.

Keputusan tanpa jaringan itu sepanjang 90 minit itu mengheret perlawanan ke masa tambahan. Tanpa jaringan menyaksikan penentuan penalti dan ia berpihak kepada pasukan tuan rumah.

Keputusan akhir, Pahang menang dengan penalti 5-4.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama