-->

Kehilangan Azizan Baba Yang Dirindui.

Kehilangan Azizan Baba Yang Dirindui. Hari ini kita mendapat berita sedih mengenai bekas pemain penang fa dan Melaka  iaitu Azizan Baba telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita ini turut dikongsikan oleh laman web rasmi penang fc dan juga melaka united. Allahyarham pernah mewakili Johor FC (2005 -2011) selain pasukan Sarawak (2012-2013) dan Pulau Pinang (2014) dan kembali ke pangkuan pasukan Melaka pada musim 2015 dan bersama-sama membawa pasukan Hang Tuah muncul juara Liga FAM waktu itu.


Kehilangan Azizan Baba Yang Dirindui.



Naib Presiden MUSA, Datuk Khairi Anuar Ahmad berkata, kehilangan Allahyarham amat dirasai peminat dan pengikut setia bola sepak Melaka.


Katanya, Allahyarham antara bekas pemain cemerlang yang pernah dimiliki Melaka selain banyak menaikkan imej dan wajah pasukan berkenaan.


"Apapun Allahyarham seorang yang kuat menghadapi penderitaan yang dialami bermula dengan hamstring dan hematoma di paha kiri yang dialami disahkan melarat sebagai kanser dan pernah menjalani pembedahan beberapa kali di hospital swasta.

kami sebagai penyokong penang fc, sangat terkesan dengan kehilangan ini. Banyak pengorbanan beliau bersama peminat sewaktu menjulang pasukan penang fa di dalam liga perdana dulu.

Alfatihah buat kapten azizan baba!



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama