-->

2 Kali TMJ Bayar Gaji Untuk Selangor!

2 Kali TMJ Bayar Gaji Untuk Selangor! Memang terkejut bila, TMJ cakap benda ini. Mana taknya reputasi selangor sebagai pasukan hebat tanah air juga meminta bantuan dana dari Tengku Mahkota Johor untuk selesaikan tunggakan gaji mereka satu ketika dahulu.


2 Kali TMJ Bayar Gaji Untuk Selangor!


2 Kali TMJ Bayar Gaji Untuk Selangor!

 

"Baru-baru ini saya ada bantu Perak FC, tiga hari lepas pengurusan Perak FC ada datang berjumpa saya dan saya ada bagi sedikit sumbangan dan bantuan.


"Saya tak boleh cakap berapa (jumlah), tapi saya ada bagi sedikit bantuan untuk kurangkan beban Perak FC dan saya harap masalah itu (tunggakan gaji) boleh mereka selesaikan dalam masa terdekat.


"Dalam karier saya terbabit dalam bola sepak di negara ini, sudah banyak pasukan saya tolong. Cuma saya tak bagi tahu media sahaja.


"Tapi oleh kerana sahabat kita (wartawan) sudah tanya. Saya pernah tolong Selangor dua kali, saya pernah tolong Kelantan dua kali dan saya juga pernah tolong kalau tak silap saya Penang sekali serta Melaka.


"Isu gaji, PFAM pun saya pernah tolong. Banyak yang orang tak tahu, sekarang semua orang tahu, kalau tak percaya boleh tanya tuan punya badan," katanya pada sidang media selepas melawat padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, hari ini


sumber : hmetro.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama