-->

Tarikh Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021)

Tarikh Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021).  Setiap tahun, Negara kita akan menyambut hari sukan negara. Ada ketika tarikhnya sama dan ada ketika ia berbeza. Untuk tahun 2021 ini  Hari Sukan Negara (HSN) 2021 disambut serentak di seluruh negara secara hibrid pada 9 Oktober ini, bakal memberikan penekanan kepada penggunaan teknologi terkini. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akan menampilkan golongan profesional seperti 'social influencer' (personaliti media sosial), pemain industri, atlet dan ikon sukan untuk menarik rakyat mengambil bahagian dalam aktiviti dianjurkan pada hari berkenaan.Terjawab sudah mengenai bila tarikh hari sukan negara 2021 kan.


Tarikh Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021)


Tarikh Hari Sukan Negara 2021 (HSN 2021)


Hari sukan negara turut berperanan meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal masyarakat serta mengenal pasti bakat sukan, meningkatkan produktiviti serta menjana kesejahteraan komprehensif selain memupuk semangat perpaduan negara," katanya ketika melakukan prapelancaran HSN 2021 secara maya hari ini. HSN diadakan pada Sabtu kedua bulan Oktober setiap tahun yang diperkenalkan sejak 2015 dan sambutan HSN kali ini bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Kerajaan berhasrat bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan, tetapi menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

Menurutnya, antara program menarik yang bakal dianjurkan sempena HSN kali ini termasuk mega cabaran aerobik, KBS fit and active, larian maya KBS, KBS Fitness Challenge, KBS Myfit@Home dan juga KBS Freestyle Challenge.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama