-->

Jurulatih Perak FC SAH DIREHATKAN

Jurulatih Perak FC SAH DIREHATKAN. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pasukan Perak FC semalam, Perak FC sah 'merehatkan' sementara ketua jurulatihnya, Chong Yee Fatt dan tempatnya digantikan oleh penolongnya, Shahril Nizam Khalil, berkuatkuasa hari ini. Menurut kenyataan berkenaan, penggantian itu hanya bersifat sementara tetapi tidak menyatakan tempoh secara terperinci.

Jurulatih Perak FC SAH DIREHATKAN


"Selepas mempertimbangkan situasi semasa dan mengambil kira cadangan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Perak FC memutuskan agar Yee Fatt direhatkan sementara.


"Dalam tempoh itu, Perak FC membuat keputusan agar jawatan Yee Fatt akan disandang oleh Shahril Nizam yang juga penolong ketua jurulatih," menurut kenyataan itu.


Pengalaman luas Shahril Nizam bersama pasukan Perak sejak 2017 diyakini dapat membantu skuad itu mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini, seterusnya bangkit memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Susulan prestasi buruk Perak FC musim ini, baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab itu, Rizal Ali Naizali meletakkan jawatan selepas didesak dan dikecam peminat, malah terdapat juga desakan peminat supaya Yee Fatt berundur serta digantikan.

Sementara itu,punca coach Yee Fatt  direhatkan adalah keranan susulan prestasi buruk skuad itu sejak kempen liga musim ini bermula selain dalam usaha menyelamatkan The Bos Gaurus (TBG) daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan.Selepas mengharungi 16 perlawanan musim ini, Perak FC mengutip 13 mata dan sekadar menduduki tangga ke-11 iaitu kedua tercorot daripada 12 pasukan.


Perak FC perlu menang empat daripada enam baki perlawanannya untuk mengekalkan kedudukannya musim depan.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama