-->

Kelantan Kalah Di Tangan PDRM.

Kelantan Kalah Di Tangan PDRM. Dalam perlawanan semalam, PDRM FC berjaya mengalahkan Kelantan dengan jaringan 2-1 dalam aksi liga perdana. PDRM mendahului tuan rumah menerusi sepakan penalti disempurnakan Lazarus Kaimbi pada minit ke 25 berpunca daripada kekasaran dilakukan Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan ke atas pemain PDRM, Alvaro Cuello.


Kelantan Kalah Di Tangan PDRM.


Tersentak dengan jaringan itu, TRW terus garang menyerang pelawat dalam aksi di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu. Kelantan kemudian melakukan dua pertukaran dengan memasukkan Nurshamil Abd Ghani dan Wan Mohammad Zuhairil Wan Husin menggantikan Mohammad Shafiq Heelmi Zainol Fikri dan Che Mohamad Safwan Hazman Che Hassan untuk mengasak kubu pertahanan pelawat.


Kelantan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma kapten pasukan, Mario Arques Blasco pada minit ke-49 sekali gus berjaya menewaskan penjaga gol Sang Saka Biru, Muhd Asri Mohamad.


Kelantan cuba bangkit mencari gol kedua namun gagal menghasilkan gol selepas rembatan Nataneal Ringo yang sekadar terkena tiang gol.


Pelawat berjaya memperoleh gol kedua menerusi pemain import kacukan Brazil-Jepun, Bruno Suzuki pada minit ke- 83 sekali gus membolehkan PDRM pulang dengan tiga mata penting.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama