-->

Sejarah Derby Roses, Permusuhan Manchester United dan Leeds United.

Sejarah Derby Roses, Permusuhan Manchester United dan Leeds United. Sewaktu di sahkan Leeds United kembali ke Liga Perdana Inggeris, Marcus Rashford telah memuat naik ucapan tahniah kepada Leeds kerana berjaya kembali ke Liga perdana. Namun setelah itu, tweet tersebut telah dipadam. Ini membuktikan perseturan diantara manchester united dan leeds united bukanlah perkara biasa. 

Sejarah Derby Roses, Permusuhan Manchester United dan Leeds United.


16 tahun Leeds bermain di liga bawahan memberi kelegaan buat penyokong United.Derby Roses semakin dilupakan. Derbi yang penuh dengan Kebencian.  Sejarah Derby Roses bermula sejak era peperangan di England pada 1455-1487 – perang yang digelar ‘The War of The Roses’.


Sejarah Derby Roses, Permusuhan Manchester United dan Leeds United.


Perang ini adalah perang saudara di dalam Dinasti Tudors di antara keluarga York dan Lancaster yang berebut tahta kerajaan Inggris. Dalam pertempuran ini, keluarga York mengibarkan simbol kebesaran mereka yakni mawar putih. Sementara keluarga Lancaster dengan simbol mawar merah. Inilah alasan mengapa perang ini diberikan nama ‘Perang Mawar’.


Perang yang memakan ribuan korban nyawa ini akhirnya reda setelah Raja Henry VII yang berasal dari Lancashire menikahi Elizabeth, anak perempuan Edward IV yang berasal dari Yorkshire.



Perdamaian pun tercipta di antara kedua dua kota. Lambang mawar merah dan putih akhirnya menjadi lambang rasmi Kerajaan Inggris di bawah pemerintahan Henry VII.


Julukan Roses Derby pada aksi Manchester United vs Leeds United muncul kerana sejarah ini dan faktor geografinya.


Man United berada di wilayah Lancashire, sedangkan Leeds United ada di wilayah Yorkshire. Warna rasmi jersi kedua dua pasukan lebih daripada sekadar warna jersi. Ianya mewakili kota mereka.


Man United menukar warna rasmi pasukan bola sepak mereka daripada hijau kepada merah untuk nampak lebih garang. Ia menambahkan lagi perencah dan rempah dalam adunan derbi ini.

Leeds united sentiasa menganggap Manchester United sebagai musuh sejati mereka. Ada beberapa pemain Leeds yang menerima pinangan dari Manchester United dan ia di anggap sebagai pengkhianatan besar buat Leeds.


Sebagai contoh pada tahun 1978, Joe Jordan dan Gordon Mc Queen dari leeds berpindah ke Manchester United. Gordon McQueen pernah berikrar yang dia akan mengakhiri kariernya di Leeds namun ia berlaku sebaliknya. Dia menerima tawaran dari United. Ini telah menimbulkan kemarahan penyokong leeds. 


Nama besar lain seperti Eric Cantona juga merupakan bintang leeds united yang menyertai Sir Alex Ferguson dan menjadi lagenda di sana. Cantona juga turut dibenci penyokong Leeds.


Diikuti dengan Rio Ferdinand dan Alan Smith yang berpindah ke United dari Leeds. Ketika ini, Leeds menghadapi masalah kewangan dan terpaksa melepaskan pemain bintang mereka. 


Sudah pasti pertembungan pada era 2020 tidak lama lagi akan mencatat sejarah baru dalam dunia bola sepak.


Leeds kini bukanlah seperti yang dahulu. Dengan mempunyai taktikal dan jurulatih yang berkualiti, pasti mereka akan memberi cabaran kepada Manchester United musim ini. 

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama