-->

Liga Super 2021 : Penyokong Kembali Ke Stadium?

Liga Super 2021 : Penyokong Kembali Ke Stadium?. Selepas satu stories yang dimuat naik oleh Tunku Mahkota Johor(TMJ) baru-baru ini mengenai 10% penonton di benarkan ke stadium tidak lama lagi. Ramai penyokong yang tidak sabar untuk menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. 

Liga Super 2021 : Penyokong Kembali Ke Stadium?




Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, pihaknya sedang berusaha untuk memastikan industri sukan terutamanya bola sepak kembali meriah dan aktif dengan membenarkan kemasukan penyokong.

Katanya, masalah pandemik Covid-19 yang membelenggu arena sukan negara hingga menyaksikan kerajaan terpaksa menghalang kemasukan penonton dijangka berakhir, sekali gus memberi sinar buat industri Liga M.

"Model baru 'sports buble' adalah salah satu dalam kalendar 2021 ini, di mana sukan tidak boleh dihalang lagi dengan sebab rakyat mempunyai kehidupan.

"Suka tak suka kita sekarang hidup dalam Covid-19 , dan kita tak boleh nafikannya. Kita kena hidup dengan keadaan norma baharu, jadi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) adalah bentuk norma baharu yang akan dilihat oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)...akan juga mengambil kira sukan-sukan dengan kehadiran penonton.

"Tapi dengan SOP (prosedur operasi standard yang tertentu. Bagi membolehkan kita bawa perasaan, rasa keterbisaan dalam kehidupan, dan ia sedikit sebanyak akan bagi industri sukan bernafas dengan lebih baik daripada keadaan yang mereka terkesan dengan hampir lapan bulan.

"Jadi pada waktu ini kita sedang melakukannya dan dalam pertimbangan dan kita nampak kalendar 2021 bahawa aktiviti sukan akan kembali aktif," katanya ketika pengumuman penubuhan skuad itu di Arena Futsal FAM di Kelana Jaya, semalam.

Sumber : Harian Metro.

Komen aku.

Kita harap perkara ini dapat dipercepatkan memandang aksi liga super 2021 bakal bermula tidak lama lagi. Kita dapat lihat liga-liga besar eropah juga sudah mula membenarkan penyokong mereka masuk ke stadium.

Jadi tak mustahil untuk kita juga melakukan perkara yang sama. Semoga usaha ini membuahkan hasil tidak lama lagi.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama