-->

Lewandowski Dinobatkan Pemain Terbaik FIFA 2020

Lewandowski Dinobatkan Pemain Terbaik FIFA 2020. Semalam telah berlangsung Anugerah FIFA 2020 yang menyaksikan seorang pemain dinobatkan sebagai pemain terbaik Fifa 2020. Pemain tersebut adalah Robert Lewandowski.


Lewandowski Dinobatkan Pemain Terbaik FIFA 2020


Lewandowski kini bermain bersama pasukan Bayern Munich dan telah menjaringkan 18 gol daripada 17 perlawanan Liga. Selain itu, dia juga telah menjaringkan 250 gol dalam Bundesliga.

Walaupun begitu, kita dapat lihat yang Lewandowski telah berjaya menjadi penjaring terbanyak Bundesliga selama 5 kali dalam 7 musim barulah dia dinobatkan anugerah ini.

Lewandowski berjaya menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan mengumpul 15 gol, hanya kurang dua gol untuk menyamai rekod Cristiano Ronaldo meledak gol paling banyak bagi satu musim dan digelar 'LewanGOALski' oleh rakan sepasukannya, Thomas Mueller.

Dia juga digelar 'The Body' oleh rakan sepasukan kerana sikapnya yang berdisiplin terutama dalam pengambilan nutrisi dan latihan, sehingga mempunyai bentuk fizikal yang mantap.

"Suami saya seperti mesin," akui isterinya, Anna, yang juga bekas atlet karate antarabangsa Poland.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama