-->

Keputusan EPL: Liverpool bergelut dengan West Brom.

Keputusan EPL: Liverpool bergelut dengan West Brom. Stadium Anfield menerima kunjungan pasukan bawahan liga, West Brom bagi aksi Liga Perdana Inggeris pada awal pagi isnin 28.12.2020 waktu Malaysia. Keputusan akhir Liverpool 1-1 West Brom.  Dalam perlawanan ini juga menyaksikan Jurgen Klopp menurunkan pasukan terbaiknya termasuklah MO Salah dan Wijnaldum.

Liverpool bergelut dengan West Brom.

Liverpool mendapat gol pertama seawal mnit ke 12 hasil jaringan Mane yang mendapat umpanan dari Matip. Jaringan ini juga menyebabkan skuad bimbingan Sam Allardyce itu bertahan dengan cukup rapi sehingga tamat perlawanan babak pertama.

Bermula separuh masa kedua, Liverpool terus menekan West Brom untuk mencari gol lebih namun mereka masih gagal mendapatkan gol. West brom yang menjaringkan gol pada minit ke 82 hasil dari tendangan Matehus Pererira yang disudahkan oleh Ajayi. 1-1!

Selepas gol itu, Liverpool tidak putus asa dan terus mencari gol kemenangan. Pada minit ke 90, Liverpool nyaris mencetak gol namun tidak mendapatkan hasil. Keputusan akhir Liverpool 1-1 West Brom.

Susunan Pemain 

Liverpool (4-3-3)

Alisson; Trent Alexander-Arnold, Fabinho, Joel Matip, Andrew Robertson; Curtis Jones, Jordan Henderson (c), Georginio Wijnaldum; Mohamed Salah, Roberto Firmino, Sadio Mane.

West Bromwich Albion (4-1-4-1)

Sam Johnstone; Darnell Furlong, Semi Ajayi, Dara O'Shea, Kieran Gibbs; Romaine Sawyers; Matt Phillips (c), Callum Robinson, Conor Gallagher, Grady Diangana; Karlan Grant.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama