-->

Hadi Fayyadh Dipinjamkan Ke Kelab Azul Claro Numazu.

Hadi Fayyadh Dipinjamkan Ke Kelab Azul Claro Numazu. Hari ni kita dapat perkhabaran mengenai penyerang skuad B-22 tahun negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang bermain dengan kelab Fagiano Okayama telah dipinjam ke salah satu kelab Divisyen 3 Jepun iaitu Azul Claro Numazu. 

Hadi Fayyadh Dipinjamkan Ke Kelab Azul Claro Numazu.


Untuk maklumat, Kelab Azul Claro ini menamatkan musim 2020 di tempat ke 12 Liga Disyen 3 Jepun di depan pasukan Fukushima United dan di bawah pasukan Iwatte Grulla Morioka. Pasukan tersebut berjaya mengumpul 41 mata dari 34 perlawanan liga.


Hadi yang baru menyambung kontraknya pada minggu lepas telah membuat keputusan untuk di pinjamkan ke Azul Claro. Ia juga bertujuan untuk menambah minit permainan Hadi di sana.


Hadi sudah berkelana di Jepun sejak tahun 2019 lagi dan pernah bermain menentang pemain dan pasukan di sana sudah pasti akan banyak membantu permain pemain tersebut..


Semoga tempoh pinjaman ini digunakan sebaik mungkin oleh Hadi untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan Azul Claro Numazu nanti.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama