-->

Manchester United Merisik Pochettino Selepas Aksi Hambar OLE !

Manchester United Merisik Pochettino Selepas Aksi Hambar OLE! Manchester United sudah menghubungi Mauricio Pochettino mengenai potensi menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus kelab, menurut satu laporan.

Pengurus dari Argentina itu tidak bekerja selepas dipecat Spurs 11 bulan lalu dan masih menanti cabaran seterusnya dalam pengurusan.

Terbau, Poch telahmuncul dalam sebuah rancangan di skysport dan dia juga menyatakan yang dia sudah bersedia untuk cabaran yang baru. 

Adakah ini hint besar untuk peminat-peminat manchester united?

Dan menurut akhbar Daily Star, pengurusan kanan di Old Trafford sudah menghubungi wakil Pochettino dan bertanya sama ada dia berminat menjadi pengurus.


Manchester United Merisik Pochettino Selepas Aksi Hambat OGS!


Laporan berkenaan mengatakan pengurusan tertinggi United mahu melihat keputusan lebih baik daripada Solskjaer, namun ketua eksekutif, Ed Woodward keberatan memecat pengendali dari Norway itu.

Justeru hubungan dengan Pochettino hanya akan berlaku jika mereka mahu menukar pengurus.

Selepas hanya lima bulan membawa Spurs ke final Liga Juara-Juara ketika mereka tewas 2-0 kepada Liverpool pada Jun 2019, Pochettino dilepaskan daripada tugasnya selepas persembahan hambar dan digantikan Jose Mourinho.

Keputusan kekalahan terbaru Manchester United pasti akan memburukkan lagi prestasi ole gunnar Soslkjaer.

Adakah beliau akan digantikan pada akhir tahun ini? Sama-sama kita saksikan.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama