-->

Rasmi : Bruno Fernandes Milik Manchester United.

Bruno Fernandes Milik Manchester United. Setelah sekian lama menanti, akhirnya pemain dari Portugal ini menjadi milik Manchester United. Bruno Fernandes menjadi buruan Manchester United sejak dari perpindahan bulan Julai 2019 lagi. Namun mereka gagal mendapatkannya.

Perpindahan Bruno dengan nilai yuran sebanyak £47 juta, tetapi ia boleh meningkat sehingga mencecah £67.7 juta bergantung kepada pencapaian kelab dan individu.

Bruno Fernandes Milik Manchester United

Jom kita ikuti temubual dengan Bruno Fernandes.


“Bermain untuk Manchester United sentiasa memberi perasaan yang menakjubkan,” kata pemain antarabangsa Portugal itu.

“Saya mulai jatuh hati dengan Manchester United sejak saya menyaksikan Cristiano Ronaldo beraksi [di sini], dan selepas itu saya adalah penyokong setia kepada kelab hebat ini,” tambah Fernandes.


“Saya telah bekerja keras untuk sampai ke tahap ini, dan saya berjanji kepada semua penyokong akan memberikan segala apa yang saya ada demi lencana ini untuk membawa pulang lebih banyak kejayaan dan trofi.
Bruno Fernandes Milik Manchester United


“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pihak Sporting Lisbon untuk segalah perkara yang mereka telah lakukan untuk saya.

Semoga berjaya buat Bruno Fernandes untuk kariernya di Manchester United.





Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama