-->

SKUAD MALAYSIA U19 LAYAK DIPUJI

Hari ini skuad negara bawah 19 tahun bertemu dengan Korea Selatan sebagai pelengkap jadual kelayakkan ke kejohanan  AFC U19 di Indonesia tahun depan. Jadi dengan kekalahan hari ini, kita berada di tangga kedua berbanding indonesia.

SKUAD MALAYSIA U19

tapi indonesia dah memang layak sebabnya diorang tuan rumah.

kita jer masih menunggu sama ada boleh ke pusingan seterusnya atau tidak.

kita lupakan sekejap mengenai layak atau tidak ni.

aku nak puji ni skuad bawah 19 kendalian bojan hodak.

Seperti kita sedia maklum, skuad ni baru sahaja di kumpul sejak bojan hodak mengambil alih sebagai jurulatih pasukan bersama dengan nenad bacina dan hairuddin omar.

tetapi persembahan yang di tunjukkan sudah boleh untuk kita menarik nafas lega.

apa yang aku nampak, kesungguhan dan disiplin dalam perlawanan akhir ini.

walau dah tertinggal 3 gol, tapi masih tetap disiplin dan bertahan.

akhyar dan hadi fayyadh pula tidak jemu menolong barisan pertahan dan banyak kali cuba melakukan serangan.

tapi takpa. kita tahu kita bagaimana berbanding korea selatan. yang penting pengalaman anda di pentas ini.

balik ni, beraksi dengan lebih baik bersama pasukan masing-masing. mantapkan yang mana kurang. jadikan pengalaman ini sebagai medium terbaik untuk kita bangkit di masa hadapan.

tahniah sekali lagi untuk korang. good luck .

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama