-->

Sukan SEA 2017 Mula di kecam

Sukan SEA 2017 Mula di kecam. Semalam aku sempat buka page rasmi Kuala Lumpur 2017 untuk dapatkan update terkini mengenai sukan SEA.

Aku terkejut bila baca dekat ruangan komen di bawah post di dalam page tu yang mengecam penganjur sukan sea 2017. Apa sebenarnya yang mereka tak puas hati ni kan.


Sukan SEA 2017 Mula di kecam
Sukan SEA 2017 Mula di kecam

Sukan SEA 2017 Mula di kecam



Bila aku kaji sedikit dari komen-komen tu, diorang ni tak puas hati sebab tak ada live untuk beberapa perlawanan yang sudah bermula seperti bola sepak dan lain-lain. *kebanyakkan komen dari negara jiran. sebab malaysia ada Astro kaaan.

jadi mereka harapkan ada live supaya boleh sama-sama menyokong negara masing-masing.

aku pelik.

dekat negara diorang ni tak dapat hak penyiaran ke ? macam edisi sebelum ni, malaysia dapat juga hak penyiaran sukan sea . Sebab tu kita boleh tengok live dalam edisi sebelum ni.

tapi aku puji page Kuala Lumpur 2017.

Mereka tenang dan cuba atasi isu ini dengan secepat mungkin. dan sekarang ni dah ada beberapa live yang di tayangkan di Youtube channel rasmi penganjur.

Sukan SEA Kuala Lumpur Adalah sukan Sea paling buruk !


seriuslah, belum start lagi dah ada yang kecam. siapa yang kecam ni. ohhh rupanya dia jurulatih bola sepak perempuan thailand. dia tak puas hati sebab, skuad dia hanya berlatih 15 minit sahaja sebab lewat hadir ke padang latihan. lepas tu kena halau oleh pegawai bertugas.

dia juga mendakwa, urussetia perlawanan memberi maklumat yang salah kepada mereka . info yang diberikan jarak hotel ke tempat latihan adalah 3km, tapi jarak sebenar rupanya 30 km. fuhh jauh betul tu.

aku tak nampak benda ni sebagai satu masalah besar, aku ingat dulu sukan sea indonesia pun pernah kena kecam juga kan. Ini normal bila orang tak puas hati. sebagai penganjur, kita kena cepat bertindak untuk mengatasi segala kekurangan dalam acara kali ini.

semoga berjaya ! tak sabar nak tunggu pembukaan sukan sea tak lama lagi. :)


Entri sebelum - Skuad Bola Sepak Negara langkah kanan.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama