-->

FINAL PIALA FA 2017 MENGHIBURKAN RAKYAT MALAYSIA !

Piala Fa 2017
Final Piala Fa 2017


Tamat sudah Final Piala Fa 2017 yang berlangsung semalam di Stadium Shah Alam . Satu perlawanan yang menghiburkan dari kedua-dua pasukan . Keputusan perlawanan berakhir dengan jaringan 3-2 yang membawa kedah sebagai juara Piala Fa 2017 .


Komentar Perlawanan Final Piala Fa 2017 .


Perlawanan bermula dengan baik sebaik sahaja  wisel sepak mula di mulakan . Kedua-dua pasukan saling bertukar serangan. Kedah yang terlebih awal menjaringkan gol pada babak pertama tampak yakin dengan pergerakan mereka.

Pahang pula tersentak dengan layanan kad Merah oleh pengadil perlawanan kepada Ken ilso , seorang pemain Naturalisasi Malaysia . selepas itu , kedah menambah jaringan gol kedua. Pahang juga tetap bersemangat dengan mendapat gol pertama pada minit akhir babak pertama perlawanan.

Bermula babak kedua ,

Pahang berubah , dari pasukan bertahan kepada pasukan yang mengawal bola kearah pintu gol. Kalau anda menonton perlawanan ini, korang akan nampak macam kedah yang main 10 orang sebab rajin defend.


piala fa 2017
Gambar sumber page FAM , Final piala fa 2017

namun serangan bertukar serangan kedua-dua pasukan yang akhirnya menyebabkan kedah berjaya memperolehi gol ke 3. Pahang masih tidak putus asa. merekaa berjaya merapatkan jurang selepas itu . Asakan dari pasukan pahang berjaya mengucar kacirkan pertahanan kedah yang kelihatan sudah juara.

Namun sayang percubaan pahang untuk mendapat gol terakhir tidak berhasil dan Kedah menangan 3-2 .

Permainan Terbaik perlawanan pilihan aku .

Pahang : Sumareh .
Kedah : Ifwat .

Kesimpulannya, 

tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah berjuang di pentas final piala fa 2017 ini. Adat perlawanan ada yang menang dan ada yang kalah .Yang pasti , semangat kesukanan yang ada dalam perlawanan itu yang patut di praktikkan dan di amalkan oleh kita semua. Tahniah Kedah ! Tahniah pahang.

Sekian .

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama