-->

KOMEN DATO ONG KIM SWEE SELEPAS MALAYSIA KALAH KEPADA INDONESIA !

KOMEN DATO ONG KIM SWEE SELEPAS MALAYSIA KALAH KEPADA INDONESIA ! || Adat perlawanan bola sepak ada kalah dan ada yang menang. Sudah pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia yang ingin melihat pasukan kebangsaan menang dalam perlawanan menentang Indonesia semalam.

Ramai yang berpendapat bahawa pasukan indonesia bukanlah pilihan untuk menang susulan mereka baru kembali ke kancah bola sepak antarabangsa setelah di gantung oleh FIFA baru-baru ini. Namun berlaku sebaliknya apabila skuad malaysia yang terpaksa menanggung kekalahan ke atas Indonesia .BOleh di katakan  skuad negara juga telah di rombak apabila ramai pemain yang cedera dan juga beberapa pemain yang bersara .


KOMEN DATO ONG KIM SWEE SELEPAS MALAYSIA KALAH KEPADA INDONESIA !


Tetapi tempoh latihan yang agak lama juga boleh di katakan sebagai tiada alasan untuk mencatatkan kekalahan . berikut merupakan komen dato' Ong Kim Swee mengenai kekalahan Skuad kebangsaan Malaysia di tangan Indonesia .

KOMEN KETUA JURULATIH MALAYSIA, DATUK ONG KIM SWEE
"Satu perlawanan yang amat sukar terutama apabila kita boleh dikatakan melakukan kesilapan sendiri pada gol pertama dan kedua, di mana ini memberi satu situasi yang agak sukar untuk kita kembali.
 "Seperti mana yang kita tahu, perlawanan terakhir antarabangsa kita dengan Timor-Leste dan kita layak. Daripada pemain itu, seramai lapan pemain tidak bersama kita dan ini sudah tentu agak menyukarkan untuk kita membentuk satu pasukan buat masa ini.
 "Tapi kesilapan yang dilakukan terutama dua gol pertama, itu tak sepatutnya berlaku di peringkat tertinggi.
 "Saya tak pasti lagi, beberapa pemain tidak begitu selesa dengan keadaan selepas kita makan tengah hari di mana beberapa pemain rasa sakit perut, mengalami kekejangan. Jadi saya harus lihat dulu dan berjumpa dengan doktor untuk memastikan apa masalah pemain ini.
 "Pertahanan merupakan satu kelemahan kita, seperti mana yang saya katakan sebelum kita datang, bahagian ini cukup penting dan selepas kita lawan Timor-Leste, saya menukar kesemua barisan pertahanan kita dan ini memerlukan banyak masa untuk kita perbaiki.
 "Kita bermain baik terutamanya di separuh masa kedua. Tapi peluang-peluang yang kita dapat, tidak dapat disempurnakan. Ini salah satu lagi faktor di mana penyudah tidak begitu baik dan Hazwan Bakri belum begitu pulih. Kita perlu perbaiki lagi.
 "Kita tahu yang pasukan Indonesia seperti pasukan yang menyimpan begitu lama kekuatan mereka di mana ini kali pertama mereka beraksi dan saya faham juga mereka ingin buktikan sesuatu. Hari ini terbukti pasukan Indonesia lebih baik daripada pasukan Malaysia."
 "Untuk pasukan Malaysia, belum ada keserasian lagi. Ini pasukan yang baru di mana saya buat 14 pertukaran daripada pasukan yang lepas dan ini memerlukan masa yang cukup panjang. Tapi seperti yang saya katakan, gol pertama dan kedua tidak harus berlaku.
 "Secara jujur pemain-pemain yang dah bersara dan beberapa pemain yang mengalami kecederaan merupakan nadi pasukan kita. Jika mereka kembali, sudah tentu akan lebih baik kepada pasukan kita. Tapi pada masa sama, saya perlu memikirkan pemain sedia ada di mana saya tak boleh mengharapkan pemain-pemain yang sudah bersara untuk kembali."
Dari Komen jurulatih Negara ini di lihat seperti masih mencari rentak pasukan dan keserasian . Dan betullah kata orang ramai apabila skuad negara hanya bergantung dengan pemain-pemain yang berkualiti milik pasukan JDT sahaja. Sedangkan ramai lagi rakyat dan pemain bola sepak negara yang boleh mengisi skuad kebangsaan namun mereka masih kurang pengalaman  untuk bersama skuad kebangsaan.

apa-apa pun kita doakan skuad kebangsaan kembali berada di atas track yang betul untuk kejohanan AFF  Suzuki nanti . Kalau kesilapan mudah yang menyebabkan kekalahan pasukan kebangsaan sudah pasti, kita akan kalah awal. harap tiada lagi alasan tiada keserasian dan sebagainya .

Sekian.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama