-->

FAKTA DI SEBALIK KEJAYAAN JDT YANG KORANG KENA TAHU !

FAKTA DI SEBALIK KEJAYAAN JDT YANG KORANG KENA TAHU !  ||  Kejayaan JDT sejak 3 tahun kebelakangan ini menimbulkan persoalan kepada penyokong bola sepak tanah air tentang bagaimana mereka boleh berjaya ke tahap ini . Mereka mampu menandingi pasukan hebat di era kebangkitan mereka seperti Kelantan,Kedah ,Selangor dan lain-lain.  Sebagai Penyokong bola sepak JDT, aku tulis Fakta di sebalik kejayaan JDT yang korang kena tahu  berdasarkan pemerhatian aku .

FAKTA DI SEBALIK KEJAYAAN JDT



FAKTA DI SEBALIK KEJAYAAN JDT YANG KORANG KENA TAHU !

1. Cita-cita TMJ

Dalam bahasa lain adalah Visi dan Misi Penaung JDT jelas dan boleh di capai . itu yang penting, dalam organisasi yang baik perlu mempunyai cita-cita atau misi dan visi yang jelas . ada dua target yang perlu ada iaitu  untuk jangka masa yang panjang dan jangka masa pendek . dan semua ini TMJ dah sediakan untuk JDT .

2. Pasukan yang mantap .

Pasukan yang mantap meliputi para pemain. para pemain pula perlu kuat dan perlu mempunyai semangat untuk menang dan mencapai kejayaan di samping merealisasikan impian pemilik untuk memiliki beberapa piala. Kita lihat setiap pemain yang JDT ada mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mereka menggunakan kelebihan tersebut semaksima mungkin demi mencapai kejayaan.

FAKTA DI SEBALIK KEJAYAAN JDT

3. Jurulatih terbaik .

Dalam bola sepak, Jurulatih memainkan peranan penting dalam memastikan pasukan berada di tahap yang terbaik sebelum turun ke padang menentang pihak lawan. JDT mempunyai seorang coach yang baik dari segi rekodnya iaitu Mario Gomez. kehebatan Mario gomez mengendalikan JDT selepas Bojan Hodak membuktikan kemampuan beliau melatih pasukan baru untuk merangkul kejuaraan. Pemilihan mario gomez amat tidak salah untuk pasukan JDT .


FAKTA DI SEBALIK KEJAYAAN JDT

4. Persembahan permainan

Gameplay pasukan JDT setakat ini boleh di katakan antara yang terbaik di Malaysia. Ada beberapa pasukan lain yang bermain gameplay macam JDT .tetapi apabila bertembung dengan JDT, pasti JDT lebih berkuasa dengan taktikal tersebut atau corak permainan mereka . Short Pass,counter attack dan lain-lain menjadikan persembahan mereka di atas padang amat menarik untuk di tonton.

5. Hasil dari Pelaburan yang berbaloi .

Pelaburan JDT dalam membina fasiliti baru untuk JDT di samping pelaburan mencari pemain berkualiti untuk pasukan adalah amat-amat berbaloi . JDT terkenal dengan pasukan kaya yang mampu menawarkan gaji yang lumayan kepada pemain . Dan seharusnya pasukan-pasukan lain dalam malaysia perlu mencontohi JDT dalam sudut kewangan agar dapat mengelakan masalah gaji permain yang berlaku terhadap sebuah pasukan sebelum ini.

Selain gaji, kemudahan untuk di gunakan oleh pemain jugA aperlu di pertingkatkan. Kalau korang masuk office tapi office korang tak sempurna, agak2 ada feel tak nak kerja.

Bagi aku, kejayaan jdt memang orang lain tak boleh sangkal lagi. sekarang misi mereka mempertahankan Piala AFC 2016. kita doakan mereka berjaya dan seharusnya mereka mampu berjaya . Doa rakyat malaysia bersama anda JDT.

Sekian.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama