-->

PERSARAAN PEMAIN : KOMEN DAN PENDAPAT !

Berita Persaraan pemain skuad kebangsaan yang mengejutkan rakyat Malaysia baru-baru ini menarik perhatian admin sebagai admin blog Spart Stats2u ini. Baik, admin nak kongsikan pendapat admin sahaja, mungkin ada yang akan berbeza pendapat dengan admin, tetapi admin harap kita berlapang dada dengan menerima pendapat orang lain . kalau korang nak suarakan pendapat boleh komen di bawah ya .

berbalik kepada Berita Persaraan Pemain Kebangsaan, sebenarnya admin nak tulis benda ni dua tiga hari lepas, tetapi rasa macam nak hold dulu sebab nak baca pendapat orang-orang yang lebih hebat dalam dunia bola sepak tempatan sebelum admin membuat kesimpulan. Admin berpendapat beberapa perkara yang perlu di ketahui dan di analisa oleh peminat bola sepak sebelum menghukum pemain-pemain yang membuat keputusan bersara dari skuad kebangsaan.

Berita Persaraan pemain skuad kebangsaan

Antaranya adalah rekod mereka bersama skuad kebangsaan dan rekod skuad kebangsaan bersama mereka.  Dua perkara yang nampak sama namun intipati nya amatlah berbeza . Setakat ini 4 pemain dari pasukan JDT telah mengumumkan untuk bersara dari skuad kebangsaan iaitu, Safiq, Amirul Hadi, Kunalan dan Aidil .

Sumbangan ke-empat-empat pemain ini dalam skuad kebangsaan sudah cukup luar biasa dari awal mereka memasuki skuad kebangsaan sehingga sekarang mereka masing menyumbang kepada skuad kebangsaan . Kejuaraan AFF Suzuki Pingat emas sukan sea antara kejohanan yang mereka sertai dan berjaya membawa pulang pingat kepada rakyat Malaysia . Jadi tiada persoalan jika mereka tidak menyumbang langsung dalam skuad kebangsaan negara .

Antara sebab mereka berundur dari skuad kebangsaan adalah kerana mereka ingin memberikan peluang itu kepada bakat-bakat baru yang ada di dalam negara kita. sesuatu perkara yang perlu di puji . Sekarang ini, bukan fasa mereka berbakti kepada pasukan kebangsaan sebabnya pelbagai perkara yang telah mereka lakukan untuk ksuad negara namun masih belum membuahkan hasil, apa salahnya mereka berundur untuk memberi ruang kepada pemain lain .

Berita Persaraan pemain skuad kebangsaan

Sebelum ini juga, ramai peminat bola sepak tempatan mengkritik pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan yang bagi mereka ia bagaikan pilih kasih . Ia susulan hampir keseluruhan pemain negara bermain untuk pasukan JDT yang di pangggil ke skuad kebangsaan. mereka juga mempersoalkan kenapa negeri lain tidak di pilih untuk skuad kebangsaan . memang ada yang terpilih tetapi tidak ramai. jadi dengan pengunduran 4 pemain JDT ini membuka peluang kepada pemain negeri lain untuk membuktikan kepada Jurulatih negara untuk memilih mereka pula.


Jadi, bagi peminat bola sepak tempatan, janganlah menunding jari kepada pemain-pemain  yang bersara dan ingin bersara dari skuad kebangsaan ini, berilah sokongan kepada mereka. Ingatlah , mereka juga pernah memberi kemenangan dan kejayaan kepada Kita .Selain dari isu ini, admin tak berminat nak komen mengenai pen drive TMJ yang mengandungi salah laku FAM sepanjang mereka menjaga dan membawa FAM . Admin nak biarkan TMJ uruskan semua tu, sebab admin yakin TMJ  mampu menangani isu tersebut.

Sekian.

INI HANYA PENDAPAT PERIBADI ADMIN , BOLEH TERIMA DAN BOLEH TOLAK.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama