-->

PEMAIN BADMINTON DENMARK BERGURU DENGAN MISBUN SIDEK !

MISBUN SIDEK AJAR PEMAIN DENMARK I Menurut laporan beberapa minggu sebelum kejohanan terbuka Malaysia bermula . Skuad Denmark datang awal ke Malaysia untuk berguru dengan Bekas jurulatih perseorangan negara iaitu Misbun Sidek. Nama Misbun sidek sudah tidak asing dalam kancah badminton dunia. kelebihan dan kepandaian beliau dalam permainan badminton tidak dapat di nafikan apabila beliau melatih Lee Chong Wei sehingga menjadi Pemain No 1 Dunia.

Gambar pemain denmark bersama dengan Misbun Sidek

Walaupun Dato Misbun Sidek sudah tidak mempunyai kaitan dengan BAM dalam kata lain tidak terlibat dalam skuad piala Thomas negara, namun khidmat dia di tagih oleh skuad badminton dari luar negara seperti Denmark .

Ternyata kejayaan denmark meraih Piala Thomas adalah bukan hanya kerana Nasib . sebaliknya persiapan rapi yang di lakukan oleh mereka sehingga mereka sanggup datang berguru dengan jurulatih negara seperti Misbun Sidek. Mereka juga ingin tahu bagaimana Dato' Lee Chong Wei mampu menjadi kompetitif walaupun di usianya sekarang.

Kalau korang tengok permainan mereka di Piala Thomas baru-baru ini. Persembahan denmark tidak di nafikan merupakan persembahan terbaik yang aku pernah tengok. Setiap kali pihak lawan Smash, pasti bola tersebut dapat di sambut dengan mudah seterusnya menyebabkan pihak lawan penat mencari idea untuk menewaskan mereka .

Apa-apa pun rezeki Denmark untuk juara Piala Thomas kali ini. Malaysia bila lagi ?

sekian.

baca juga : Louis Van Gaal di pecat.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama